Abu Hurairah melaporkan Rasulullah berkata, “Tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah dalam LindunganNya pada suatu hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan Allah (dan dalam laporan lain, “kecuali lindungan ‘Arsy-Nya”), iaitu:
1. Pemimpin yang adil ;
2.Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam ketaatan kepada Allah ;
3.Lelaki yang hatinya selalu terpaut (ingat) pada masjid apabila keluar dari masjid sampai dia kembali ke masjid itu ;
4.Lelaki yang diajak oleh perempuan yang terhormat / kaya lagi cantik, tetapi lelaki itu justeru berkata. ‘Saya takut kepada Allah’ ;
5.Dua orang lelaki yang saling mencintai hanya kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah ;
6.Lelaki yang berzikir kepada Allah dalam keadaan sendirian, dan kemudiannya air matanya berlinangan ; dan
7.Lelaki yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui benda yang diberikan oleh tangan kanannya.”
No comments:
Post a Comment