Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum , salam sejahtera , salam perpaduan dan
salam 1 Malaysia ! Post baru ni tiada kaitan atau kena mengena dengan yg hidup
atau pun yg mati . Ini adalah kata-kata ikhlas
yg lahir dari hati saya untuk disampaikan kepada awak semua :)
Ehem , pembuka kata . Setiap pertemuan ditentukan oleh Allah
SWT . Begitu juga dengan perpisahan , ditakdirkan dan telah ditentukan oleh
Allah SWT . Segalanya adalah pahit manis kehidupan kita yg telah Allah SWT
berikan . Kita sebagai manusia yg rendah darjatnya hendaklah menerima dengan
hati yang terbuka . Ingatlah kawan-2 , segala yg telah ditentukan akan
memberikan kita sedikit kesedaran dan juga pengalaman sepanjang mengharungi
perjalanan hidup :)
Seperti yg kita semua telah lalui , benda yg kita elakkan
dan memberontak ketika mendapat tawaran untuk menghadirkan diri menyertai PLKN
. Sebulat suara taknak ke PLKN . Tapi ternyata , penyertaan kita di PLKN adalah
perkara yg palig manis pernah kita lalui . Betol tak kawan-2 ? Masih ingat lagi
, semasa cuti raya , tiba-2 ada abang postman datang rumah hantar surat ,
tertera nama Nur Shazwani binti Omer . Ingat kan surat cinta , rupanya surat
kemasukan PLKN . Saat tu lah aku menjerit “TAKNAK PERGI ! TAKNAK PERGI!” Hilang
mood raya tau :(
Okay dah baca surat tu , 11 September bersamaan hari Selasa
dah kena daftar kat Kem PLKN Ulu Pari Aqua Village , Rembau , Negeri Sembilan .
Seminggu sebelum masuk kem , tiba-2 datang nur semangat nak ke PLKN . Taktahu
lah kenapa . HAHA ! :D Punya lah excited , nak dijadikan cerita . Saya TER
pergi awal pulak . Tarikh yg ditulis 11 September , tapi saya pergi nak daftar
tu 10 September . Gelabah dah tengok stadium kosong , khemah and bas takde .
Persoalan bermain di minda , “Adakah aku kena tinggal ?” Then call Asyiqin
untuk dapatkan kepastian . Pehh sekali kena gelak pulak sebab terlalu excited . Aiyoo
wa malu woo . Padahal pagi tu dah puas ber Mohabbatein (bersedih) dengan pekerja
mak kat kedai , dengan family tu dah tentu , konon nak pergi tinggalkan Banting
3 bulan . Memang malu , esok nya (11 September) tu dah tak payah pergi salam-2
mintak maaf sedih-2 lagi dah . HAHA :D Itu lah peristiwa yg memang takkan dapat
dilupakan . Ibu gelak bagai nak gila . HAHA . Iloveyou ibu :*
Okay , tu cerita lawak . Mula lah kisah sedih .. Dah naik
bas tu , muka still cool lagi , tapi airmata bergenang jugak lah . HAHA , kata
gangster tapi menangis jugak . Eh bukan nye ape , sedih nak tinggalkan ibu ayah
. Macam-2 fikir , siapa yg tolong ibu ayah kat kedai , siapa yg tolong ibu
kemas rumah , semua nya lah :’( Tapi Alhamdulillah bila sampai je kat kem ,
semangat tu ada sikit :’)
Ha , dah sampai Kem PLKN Ulu Pari Aqua Village , waktu tu
waktu makan tengahari , first time tengok budak-2 kem rasa nak menangis je tao
! Seram , muka macam gangster masing-2 . Huwaa , dalam hati tu meronta-ronta
nak balik rumah ! Then tengok senarai nama , nama saya termasuk dalam Company
Charlie . Tengok nama macam tak best je , nak masuk Bravo kononnye . HAHA ,
berlagak kan ;)
Penyiksaan permulaan bagi aku , mengangkut luggage yg
BESAR tu dengan beg sandang nye , handbag nye , WOW ! SEKSA WOOOOO . Tu salah
satu sebab saya nak balik rumah taknak duduk kem . HUUU ~ Sekali tu tegok
dorm-2 , ingatkan dorm wira tu lah dorm yg akan saya duduk , rupanya , dorm
wirawati lagi belakang . Kesian tao wirawati kena gerak lebih dari wira . Tu
pon ada jugak wira yg MALAS ! Ish ish
ish - -‘ *ha nak marah lah tu. HAHA*
First day kenal dgn wirawati Charlie , memang rasa nak
menangis , seperti diri ku dibuli ! Oh mummy ! Tapi rupanya mereka ni penyayang
, baik hati (err baik lah sangat :D haha) , lagi satu , COMEL COMEL . ngehehe ~
Nama mereka Syahida (Along), Syahirah (Syah), Hamizah (Amy), Syamira (Mira),
Zalikha (Eyka), Syazlin (Alin), Lee Wei
Jea (Wendy), Tan Li Ting (Jasmine), Nurrul Zareena (Nurul), Norliza (Eja) . Ha
sebut nama Eja , Eja tuh adik kita okay ! Auww XD haha . Walaupun makin
berkurangan ahli wirawati Charlie , kami yg tinggal ni tetap kuat and semangat
untuk teruskan cabaran :’)
Wira pertama yg saya kenal kat kem tu , Adik Bravo . HAHAHA
. Time tu menyirap je tengok muka kao dik oi . Gatai beno , ade hati nak
mengorat . Ingat lagi ayat kao “Hai awak, awak dari mana? Nama siapa? Ada
nombor tepon tak?” kat kios pulak tu . Time tu saya dengan Amy ;) Dengan muka
yg jual mahal tu , saya pergi meninggalkan tempat kejadian . HAHA . Lawak oi
lawak .
Sepanjang 3 bulan kat kem , memang banyak peristiwa pahit
manis yg telah kita sama-2 harungi kan . Macam-2 jenis kaum agama and budaya
kita dapat kenal . Paling best bila dapat berkawan dengan orang yg berlainan
agama dengan kita :’) Wira Indian paling shuwitt is Shashikumar . Tak lupa
jugak dengan Vikki . Ha stuntman kita yg dikuarantinkan si Saravanan , kesian
tak dapat join banyak aktiviti . Jangan sedih ye Sara :D Wira Chinese paling
sporting is Ah Pieng . Tapi semua okay jugak . Tak lupa dekat Desmond , Ah Jun
, Ah Han , Ah Long , Jun Kang , eh ramai lagi lah . Ha yg paling HOT SETAP (HOT
STUFF) M J , haha rindu nak tengok dye menari Michael Jackson tu . Auww ! XD
Wira Christian ala ala gaya gangster muka ganas macam Harimau aum aum , si
Collin . Alahai Collin tu , muka ganas je , tengok gambar nak dekat pon takut
tau . Rupanya manja , perangai gedik , comel je . HAHA :D Tak lupa jugak dengan
yg lain-2 , Pak Pine Diana Ellyster Ellisabet Shannen Kent Yan . Semua comel-2
. Tapi Wawa lagi Comel okay :P
Ha , Kalau nak cerita yg kisah ber-Couple , tak payah cakap
, itu sudah semestinya . HAHA . Sweet Couple dekat kem tu dianugerahkan kepada
Ejat and Anna :D Haha , memang ngam perangai gila , sewel , sengal , longoi dan
sebagai nya . COMPLETE ! :D Konon taknak saya bercinta dekat kem . Yelah kan ,
dah semua anggap macam family . Tapi boleh pulak ter Fall-in-Love dengan si
Buncit Sarawak pulak . HAHA , comel kan ? :P Nama si Buncit tu Yong Hock Fah .
Nama ‘Glamour’ dye Pak ;) Ish kalau nak cerita kisah kami , memang penat you alls nak baca . HAHA . Yang
penting kami comel sangat . HAHA *perasan*
Ha nama gelaran saya kat kem , Wawa . Nak lebih manis lagi ,
Wawa Comel . HAHA , jangan lupa comel tu HARUS ada okay . *flip hair* Ada jugak
yg panggil akak . Lagi-2 si Adik Amir , manje betoii , Adik Kimi pon ade jugak
. Alahai rindu nak dengar you alls panggil kita akak :’( And kita pon ada baby
girl tau , they call me Umi . Semua comel-2 macam Umi nye ni :’) Sweet kan
sweet kan ? Hmm seriously rindu semua nya !
Best sangat dapat kenal dengan you alls tao . Walaupun
mula-2 masing-2 muka kerek , muka berlagak , muka bajet handsome (walaupon tak
handseome) , bajet comel (itu saya :D) , dan pelbagai rupa lagi lah . HAHA . Guys
, perasan tak , dah nak akhir-2 kem baru lah hubungan kita semua makin erat .
Kan ? Kan ? Paling sedih , tiap kali lepas solat Isya’ kat dewan makan ,
pesanan cikgu Wadi “wira kena duduk tempat wira . Tak boleh pergi tempat
wirawati.” Then cikgu Anbu pulak mesti dengki kalau kita tidur kat dewan . Ayat
dye yg tak boleh saya lupa “Wirawati dah penat layan wira, lepastu TIDO !”
amboii . Ayat cikgu makan dalam woo . HAHA .
Banyak benda baru yg saya belajar sepanjang saya menjadi
pelatih PLKN . Paling seronok , masuk bahagian dalam tarian melayu . HAHAHA ,
lawak gila . Dengan gadis-2 cantik dan ayu : Baidura , Erra , Farah , Aisyah ,
Along , Dhyia , Nadya , Pika , Fira , Dyla . Seumur hidup tak pernah menari ,
lagi-2 tarian melayu . Kalau Poco-poco
tu reti lah . Menang Awards lagi tu . HAHA . Lepas tu berkawat . Amboi mak aihh
, memang seksa berkawat panas-2 . Tapi sebenarnya seronok sangat tau ! Rasa nak
kawat lagi je . HAHA . Sebelum ni model cat walk , sekarang duduk kem kena
kawat . Kejutan Budaya jadi nya . HAHA ! :D Then belajar semula bahasa Cina .
Rindu nak cakap Cina macam masa kecik-2 dulu tau . Nasib baik lah amoi-2 cantik
rajin ajar saya . Si Wendy and Jasmine . Translator nye pulak si Syah . HAHA .
Saat-2 akhir yg penuh kesedihan dan kepiluan . 29 November
2012 tarikh kami daftar keluar kem , bila mana kita terpaksa berpisah selepas
hamper 3 bulan menjalani kehidupan bersama di dalam kem . Memang sukar untuk
terima keadaan waktu tu , tapi kita juga kena tabah and kuat untuk teruskan
kehidupan di luar sana kan . Sedih bila terpaksa berpisah dengan family Kem
PLKN . Lagi-2 budak Sabah Sarawak . Its okay sayangg , jika ada jodoh , umur yg
panjang , murah rezeki , PASTI nya kita akan berjumpa lagi :(
Selepas berakhir pengembaraan kami sebagai pelatih PLKN , kami
kembali ke dunia asal kami menjalani kehidupan di luar :') Alhamdulillah , dengar cerita
, ramai yg dah jadi baik . Its okay kalao tak dapat nak berubah sepenuh nya ,
at least ade jugak perubahan pada diri kita . Sedikit sebanyak kita boleh jugak
ambil pengajaran untuk kita gunakan di luar ni kan . Ape-ape pon , kita nak
awak semua tahu yg kita sayangkan awak semua . Kita dah anggap awak semua
family kita tao . Tak kira cina india asli or what ever . Yang penting kita 1
Malaysia ! Hihi rindu nak dengar cikgu Hussin cakap Hai Hello Salam 1 Malaysia
:D
p/s Mana yg dekat dengan Banting and yg dah tahu rumah kita
, jangan lupa lah rajin-2 datang okay . Contact lah kita , boleh hang out
sama-2 :’)
No comments:
Post a Comment